26 April, 2020

Bantuan YB Ahli Parlimen Maran

Bersempena PKP YB Ahli Parlimen Maran telah bermurah hati menghulurkan bantuan kepada SK Chenor. Terima Kasih kami ucapkan




21 April, 2020

SENARAI GURU BESAR

NAMA
TAHUN

1. HAJI ANDAK B. HAJI ARSHAD
1906 - 1917

2. EN. ISMAIL B. DATA
1917 - 1928

3. WAN MAHMUD B. ENGKU HJ WAN MOHD SALLEH
1928 - 1929

4. HJ. WAN HASSAN B. ENGKU HJ. WAN ABDULLAH
1929- 1935

5. EN. YATIB B. HJ. ABD. KADIR
1935 - 1941

6. HJ. WAN HASSAN B. ENGKU HJ. WAN ABDULLAH
1942 - 1957

7. EN. MOHD TAIB B. SALLEH
1958 - 1960

8. EN. YAAKUB B. ISMAIL
1960 - 1964

9. HJ. ISHAK B. MOHD JAMIN
1964 - 1968

10. HJ YAHYA B. ABDULLAH
1969 - 1972

11. HJ. SHAMSUDIN B. IBRAHIM
1972 - 1984

12. HJ. ABDUL WAHAB B. TAHIR
1984 - 1987

13. HJ. MOKHTAR B. HJ. JAAFAR
1988 - 1997

14. EN. BAHARUDDIN B. IMAM AWANG
1997 - 1999

15. EN. HAMIDI B. ABD RAHMAN
1999 - 2003

16. EN. AZHAR B. KOMING

17. EN. W.ZAMRI BIN W.MAHMOD

18. EN. ZAKARIA BIN ABDUL RAZAK 16.06.2013 - 15.03.2016
2003- 2010

2010- 2013 
                  

PERSONALITI UNGGUL

PERSONALITI UNGGUL

1.YB Dato’ Ismail bin Abdul Muttalib – Ahli Parlimen Maran.

2.YB Dato’ Tan Mohd Aminuddin bin Hj. Ishak – ADUN Chenor.

3.Dato’ Muhammad bin Abdullah – Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Bekas Ahli Parlimen Maran.

4.Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Wan Hj. Abdul Wahid bin Wan  Hassan – NYDP Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang.

5.Dato’ Hj. Abdul Ghani bin Sulaiman – Bekas SU Kerajaan Negeri Pahang.

6.Dato’ Abdul Aziz bin Hussin – Bekas SU Kerajaan Negeri Pahang.

7.Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Hj. Wan Ahmad Tajuddin bin Wan Hassan – Bekas ADUN Chenor.

8.Dato’ Ali Hanafiah bin Syeikh Luji – Pengurus Besar Amanah Saham Pahang

9.Engku Hj. Wan Hassan bin Wan Abdullah – Tokoh Guru Negeri Pahang 1987 – Murid Tertua dan Bekas Guru Besar SK Chenor.

10.Dato' Muhamad Nawawi bin Hj.Mohd. Arshad - Bekas Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta

11.Dato’ Wan Aziz bin Abdullah – Bekas Pengarah Perbendaharaan

12.Dato’ Khalil bin Hj. Hussin – Bekas SU Kementerian Kerja Raya

 

SEJARAH SK CHENOR

Sekolah Kebangsaan Chenor telah diasaskan pada tahun 1901. Usaha gigih ini diterajui oleh Engku Ngah Abu Bakar bin Engku Temenggong Mahmud selaku Penghulu Chenor yang pertama dan beliau disokong kuat oleh adiknya iaitu Panglima Besar Engku Mohd Salleh bin Engku Temenggong Mahmud.

 Tapak asal sekolah ini terletak bersebelahan dengan balai polis lama Chenor. Tempat ini dahulunya dikenali dengan nama Tanah Merah. Bangunan asal merupakan reka bentuk rumah limas berukuran 40 X 25 kaki yang dibina oleh tukang Mat Salleh dan Mukim Hassan dengan bantuan penduduk tempatan.

 Pada awal penubuhan sekolah ini, tenaga pengajarnya terdiri daripada 3 orang guru iaitu Hj. Andak bin Arshad (penduduk tempatan), Lebai bin Tonggek (Negeri Sembilan), dan Wan Abdul Majid bin Engku Ngah Abu Bakar (Negeri Sembilan). Bilangan murid seramai 24 orang murid yang mana semuanya lelaki. Pendaftaran murid perempuan di sekolah ini bermula pada tahun 1932 dan Engku Gayah merupakan murid perempuan yang pertama didaftarkan.

 Pada tahun 1910, sekolah ini telah dipindahkan ke seberang sungai iaitu ke Kampung Pantai Seberang Chenor dan kekal sehingga ke hari ini. Perpindahan ini disebabkan bilangan penduduk di seberang Chenor lebih ramai berbanding di kawasan asal sekolah ini.

 Sekolah di seberang sungai ini mula dibina pada tahun 1909 dengan bantuan penduduk tempatan. Tapak asalnya merupakan tanah kebun kepunyaan individu yang dikenali sebagai Awang Mat Rusa. Reka bentuknya merupakan sebuah rumah limas panjang yang berdinding papan dan bertingkap buluh. Sebuah telaga juga telah digali untuk kemudahan mendapatkan air.

 Sekolah ini seringkali dilanda banjir. Banjir besar yang melanda pada tahun 1926 dan 1971 telah mengakibatkan pelbagai khazanah sekolah dan sebahagian bangunan dihanyutkan air. Sekolah ini juga pernah ditutup selama 11 bulan ketika peperangan dunia kedua pada tahun 1940. Ketika pemerintahan Jepun di antara tahun 1942 hingga 1945, Engku Wan Hassan telah diberikan tugas untuk mentadbir sekolah ini.

 Setelah banjir besar 1971, bangunan sekolah ini telah dibaik pulih dan diubah suai dari masa ke semasa. Pada tahun 1999, sekolah ini telah mendapat satu bangunan dengan 2 unit bilik darjah.